Monday, February 1, 2010

MOTIVASI POTENSI DIRI (MPD)

MOTIVASI POTENSI DIRI (MPD)

Pengasas ALIAS HAJI MUDA

MODUL

Modul Motivasi Potensi Diri (MPD) adalah satu pendekatan atau formula untuk dapat mengenal dan membangunkan potensi modal insan ke arah pembentukan sikap yang positif. Hasrat ini dinyatakan dalam motto modul iaitu ‘Bangunkan Sikap Positif & Bina Kejayaan’.

Modul ini disalurkan melalui sesi ceramah, bengkel, simulasi dalam kursus-kursus, seminar dan forum atau melalui penulisan buku dan rencana majalah atau media-media lain yang bersesuaian. Ia dibina berasaskan kesedaran, kepercayaan dan hipotisis bahawa untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja bidang yang dilakukan dalam kehidupan seharian, kita perlu secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan sentiasa meningkatkan diri kita di dalam tiga perkara yang berikut:


1. Menambah ilmu pengetahuan (tahu apa).

2. Mempelbagaikan kemahiran (tahu bagaimana).

3. Mengubah sikap ke arah yang positif (tahu kenapa).


Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti hadis Rasulullah saw yang menyebut: “Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi sekiranya diberitahu si polan berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu”.

Bagaimanapun sikap boleh berubah seperti tercatat di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya’.

Kita boleh berubah sekiranya kita mahu dan bersedia untuk berubah. Sebenarnya ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana mungkin tidak tahu akan caranya.

Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk memudahkannya diubati dengan mencari jalan dan caranya.

Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri kita perlu mengenali potensi diri.

Mengenali Potensi (kelebihan dan kekurangan) Diri menjadi asas kepada usaha merubah perkara-perkara yang lain.

Formula untuk mencipta kejayaan perlu terlebih dahulu bermula dengan mengenal Potensi Diri, seterusnya mengamalkan Janji Diri Positif, membayangkan yang positif, berfikiran positif, memiliki kepercayaan diri, dapat menjaga perasaan seterusnya memiliki sikap yang positif terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan perhubungan.

Modul Motivasi Potensi Diri menyentuh topik-topik seperti berikut:

13. KEJAYAAN

12. USAHA

11. TINDAKAN

10. PERANCANGAN

9. MATLAMAT

8. MOTIVASI

7. SIKAP

6. PERASAAN

5. KEPERCAYAAN

4. PEMIKIRAN

3. IMAGINASI

2. JANJI DIRI

1. POTENSI DIRISetiap topik memerlukan satu atau dua jam ceramah untuk dibincangkan secara formal, memakan masa yang lebih panjang apabila diserap melalui aktiviti dan simulasi. Pada masa yang sama setiap tajuk adalah berkait diantara satu sama lain dan perlu diamalkan secara serentak.

BUKU-BUKU DALAM SIRI MOTIVASI POTENSI DIRI

Bagi memperkukuhkan keberkesanan modul, buku-buku dalam siri Motivasi Potensi Diri
diterbitkan. Buku-buku ini bertujuan membantu peserta kursus untuk lebih memahami
konsep, topik-topik yang dibincangkan itu secara lebih mendalam. Ia juga sesuai dibaca
dan diamalkan oleh pembaca yang tidak berpeluang mengikuti kursus Motivasi Potensi
Diri atau lain-lain kursus berkaitan yang dikendalikan.


Sehingga ini tiga buah buku dalam Siri Motivasi Potensi Diri telah diterbitkan iaitu buku
Janji Diri Positif, buku Potensi Diri dan buku Menjaga Perasaan. Buku-buku lain dalam
tajuk-tajuk yang berkaitan sedang dalam proses penulisan dan Insya Allah akan
diterbitkan secara berperingkat.




SEJARAH & LATAR BELAKANG MODUL

Modul Motivasi Potensi Diri diilham dari kajian dan penilaian bahan penulisan bersiri yang ditulis oleh saya sendiri selaku pengasas modul ketika menjadi kolumnis majalah AKADEMIK (Penerbit Nurin Enterprise) pada tahun 1994 hingga tahun 1997. Ruangan yang dikendalikan ialah ruangan Motivasi Potensi Diri yang pertama kali tersiar dalam majalah AKADEMIK keluaran Disember 1994.( Gambar 1 & 2 di bawah )


Gambar : 1(kiri) & Gambar : 2 (bawah) : Majalah AKADEMIK Disember 1994 muka surat 54, 55 dan 56.


Dalam ruangan Motivasi Potensi Diri yang disiarkan secara bersiri inilah beberapa konsep dan istilah baru diperkenalkan, dijadikan asas modul seterusnya dilaksanakan dalam kursus-kursus Motivasi Potensi Diri yang dikendalikan sendiri oleh saya.

Antaranya ialah konsep Sayang Diri dalam konteks motivasi tersiar melalui rencana Pengaruh Kuasa Cinta Diri di majalah AKADEMIK Jun/Julai 1996. Konsep Sayang Diri diperkembangkan dalam ruangan Cinta Diri majalah CINTA bermula keluaran Jun 1997 hingga keluaran Disember 1997.

Konsep Imaginasi dalam konteks Motivasi Potensi Diri tersiar di ruangan Motivasi Potensi Diri dengan tajuk pertama Peranan Imaginasi di majalah AKADEMIK keluaran Mac 1995. (Gambar 3 di bawah )

Gambar 3 : Majalah AKDEMIK Mac 1995 muka surat 53, 54 dan 55.

Konsep dan istilah Janji Diri dalam konteks Motivasi Potensi Diri diperkenalkan buat pertama kali iaitu di majalah AKADEMIK keluaran Januari/Februari 1997 dalam rencana bertajuk Kuasa Janji Diri ( Gambar 4 di bawah ) seterusnya disiarkan secara bersiri hingga keluaran Mei/Jun 1997.


Gambar 4 : Majalah AKADEMIK Januari/Februari 1997 muka surat 91 dan 92.

Sebuah rencana bertajuk Mengenali Potensi Diri yang ditulis oleh saya pernah disiarkan dalam majalah BACKBENCH keluaran September 1997. ( Gambar 5 di bawah )


Gambar 5 : Majalah BACKBENCH September 1997 muka surat 67 dan 68

Ketika menjadi kolumnis di majalah MINGGUAN FAMILI ( kemudiannya ditukar nama kepada majalah FAMILI ) iaitu pada sepanjang tahun 2001 hingga 2005, saya yang diberi kepercayaan mengendalikan ruangan Motivasi di majalah berkenaan telah memperluaslkan lagi skop tajuk-tajuk berkaitan Motivasi Potensi Diri ini. Gambar 6 dan Gambar 7 di bawah adalah diantara tajuk yang pernah tersiar.



Gambar 6 ( atas ) dan Gambar 7 ( bawah )


Dengan sedikit ubahsuai hasil tulisan di majalah-majalah yang disebutkan telah dipilih, diedit semula, disusun dan dijadikan buku untuk Siri Motivasi Potensi Diri yang diterbitkan oleh Insyirah Production.

1. Buku JANJI DIRI POSITIF ( diterbitkan dalam tahun 2006 )

2. Buku POTENSI DIRI ( diterbitkan dalam tahun 2007 )

3. Buku MENJAGA PERASAAN ( diterbitkan dalam tahun 2007 )

Konsep Motivasi Potensi Diri yang dijadikan formula atau pendekatan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian terus diperluas dan diperkemas dari masa kesemasa dalam rencana-rencana tulisan saya ketika menjadi kolumnis di majalah MINGGUAN FAMILI ( kemudian ditukar nama majalah FAMILI) sejak keluaran 2001 hingga keluaran Julai 2005 apabila majalah berkenaan dihentikan pengeluarannya. Tulisan bersiri saya disambung di majalah PEREMPUAN yang diterbitkan oleh penerbit yang sama ( ruangan Motivasi ) sejak keluaran Ogos 2005 hingga Disember 2008.

Modul Motivasi Potensi Diri yang diasaskan bukan sekadar dalam bentuk tulisan tetapi telah diterapkan dan diamalkan dalam kursus-kursus pelbagai tajuk yang dikendalikan sendiri oleh saya sejak tahun 1994 lagi.

LAGU TEMA KURSUS MOTIVASI POTENSI DIRI (MPD)

Selain dari menerbitkan buku dalam siri Motivasi Potensi Diri, sebuah lagu telah dicipta pada tahun 2009 untuk dijadikan lagu tema dalam Program/Kursus/Seminar Bangunkan Potensi Diri ( menggunakan Modul Motivasi Potensi Diri atau MPD ) yang dikendalikan. Tajuk lagu tema ialah Bangunkan Potensi Diri yang liriknya ditulis oleh saya sendiri sementara lagunya dicipta oleh Yul.

Album lagu mengandungi Versi Music Penuh Solo,Choir, Instrumental dan Minus One serta Versi Un-Plugged Solo, Choir, Instrumental dan Minus One.

Lirik lagu adalah seperti di bawah :